UiTM Arau


UiTM Arau ialah kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang merupakan antara universiti awam terbesar di Malaysia. UiTM Arau terletak di bandar Arau, bandar Arau adalah bandar diraja di negeri Perlis, sebuah negeri di utara tanah air Malaysia. UiTM Arau menawarkan pelbagai program akademik, termasuk pra-diploma, diploma dan sarjana muda.

UiTM Arau telah ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai kampus satelit UiTM, dan ia telah berkembang dengan ketara sejak itu. Kampus ini meliputi kawasan seluas kira-kira 335 ekar, dan ia mempunyai pelbagai kemudahan, termasuk bilik darjah moden, makmal, perpustakaan, dan kemudahan sukan. Suasana yang aman damai dan agak jauh dari bandar besar sangat sesuai untuk pembelajaran.

Antara fakulti yang terdapat di sini adalah:

  • Fakulti Sains Gunaan (AS)
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik (CS)
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (SR)
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan (BM)
  • Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (AT)
  • Fakulti Perakaunan (AC)

Antara fasiliti dan kemudahan yang terdapat di UiTM Adalah:

  • Pusat Kesihatan
  • Anjung siswa-Mushroom
  • Stadium
  • Gym
  • Padang Bola
  • Makmal Komputer
  • Masjid @ Pusat Islam
  • Warung
Pusat Kesihatan

Untuk membeli belah ,para pelajar boleh pergi ke Kompleks Tok Arau di bandar Arau, di situ terdapat Pasaraya C-Mart dan juga banyak lagi kedai-kedai lain seperti farmasi Guardian dan Watson, Domino Pizza, Pizza Hut, KFC, Subway dan lain-lain. Selain dari Arau pelajar juga boleh ke bandar Kangar yang lebih besar dari Arau dan tidak jauh dari UiTM, di Kangar terdapat bank-bank besar seperti CIMB, Maybank dan juga cafe seperti Starbucks dan lain-lain lagi.

Disebabkan jarak yang dekat untuk ke kelas dari kolej ataupun asrama, pelajar hanya perlu berjalan kaki, namun ada juga yang membawa motosikal dan ianya lebih mudah sekiranya anda tidak mendapat kemudahan tempat tinggal. Dengan adanya kenderaan sendiri juga lebih mudah untuk keluar ke bandar Arau dan Kangar.

Untuk ke UiTM Arau ini dari negeri-negeri lain, anda boleh menggunakan kemudahan pengangkutan seperti train dan bas express. Stesen Keretapi terletak di Bandar Arau, manakala stesen bas ekspres teletak di bandar Kangar.

Stesen Keretapi Arau
Train ETS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *