Feri Ke Pulau Langkawi dari Kuala Perlis


Untuk ke Pulau Langkawi anda boleh memilih pelbagai cara, samada menaiki feri atau kapal terbang.

cara yang agak murah adalah menaiki feri, anda boleh menaiki feri untuk ke Pualau Langkawi samada dari :

  • Kuala Perlis
  • Kuala Kedah
  • Pulau Pinang

Jeti Kuala Perlis terletak di bandar kecil Kuala Perlis. Harga tiket adalah seperti di bawah

  • Dewasa – RM 18
  • Kanak-kanak RM 13

Jadual Perjalanan Mungkin Berubah-rubah

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1 Jam 15 minit, adalah amat sukar kepada yang membawa beg yang besar kerana anda terpaksa mengangkat sendiri beg anda ke dalam feri tersebut. 

Jambatan yang menghubungkan antara feri dan jeti adalah agak cerun, sekiranya anda membawa kanak-kanak bersama anda terpaksa berbaris tanpa sebarang keutamaan dari penumpang biasa.

Perkhidmatan bermula pada seawal jam 7 pagi, tiada jadual yang dapat dijadikan panduan kerana jadual berubah-berubah mengikut faktor-faktor tertentu. Sekiranya anda menaikki bas ekpress ke terminal bas Kuala Perlis jarak perjalanan hanyalah 350 meter(5-10 minit).

Juga tidak di sediakan tempat khas untuk menyimpan bagasi anda, beg hanya diletakkan di ruang-ruang kosong di dalam feri, pada ketika feri pulang dari Pualau Langkawi penumpang kebiasaanya akan membawa barang yang banyak kerana sudah membeli belah di sana. Ini menyebabkan beg telalu banyak dan tiada ruang untuk anda menyimpan beg anda apabila anda lewat menaikki feri.

Jeti Kuala Perlis Yang Selesa

Tempat menunggu di Kuala Perlis sangat selesa dan agak bersih, penghawa dingin berfungsi dengan baik, tetapi tandas agak kotor dan tidak dijaga dengan baik. Manakala tempat menunggu di Pulau Langkawi agak panas walaupun telah di letakkan portable air-cond. anda terpaksa berjalan agak jauh untuk keluar dari jeti, saya sarankan anda menyewa troli di Pulau Langkawi dengan harga RM 1.

Google Map Jeti Kuala Perlis

Gambar-gambar di Pulau Langkawi

Pantai Tengah

Holiday Villa Swimming Pool


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *