Warung Pokok Sawa Mata Ayer Perlis


Kalau berkunjung ke negeri Perlis tak sah kalau tak perkena makanan-makanan yang sedap di negeri ini.
Sememangnya Perlis mempunyai banyak makanan yang lazat, makanan yang tak asing lagi dan begitu sinonim dengan negeri Perlis adalah seperti laksa, ikan perkasam,asam belacan, bihun sup dan macam-macam lagi.Tempat pertama yang nak di perkenalkan adalah Warung Pokok Sawa yang terletak di Kampung Kersik Mata Ayer, hidangan adalah nasi campur, lauk-pauk yang dimasak di sini adalah citarasa kampung yang asli, sangat sedap tetapi harganya agak berpatutan. Lauk-lauk yang sedap disini adalah:

  • Ikan keli goreng garing
  • Air asam dan sambal belacan
  • Serawa labu
  • Kerabu taugeh
  • Ayam masak merah
  • Sayur lemak pucuk paku
  • Pajeri Nenas
  • Dan macam-macam lagi

Untuk air pula jangan lupa order Bandung Cincau, memang mantap.

Waktu restoran ini dibuka adalah dari 11 pagi – 4 petang, namun anda dinasihati untuk datang lebih awak kerana kebanyakkan lauk akan habis awal.Restoran akan ditutup pada hari Jumaat, sila hubungi 04-938 1778, 019-622 7516 untuk maklumat lanjut.

Warung ini hanya lebih kurang 15 minit perjalanan dari Arau Perlis Homestay dan 10 minit dari UiTM Arau, sekiranya anda perlukan homestay sila klik link ini atau hubungi Hafiz – 01124180008Rahsia makanan yang mantap disini adalah tukang masak semuanya makcik-makcik yang dah bekerja lama disini, dah tahap-tahap nenek, tapi masih kuat bekerja, tu yang kualiti terjamin tu, bukan macam kebanyakkan restoran kat lembah Klang, semuanya di masak oleh indon.Lokasi Google Map adalah seperti di bawah ini:

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *