UiTM(Universiti Teknologi MARA) Arau Perlis


UiTM Arau adalah sebuah kampus UiTM yang terletak di bandar diRaja Arau Perlis. Ianya dibina pada tahun 1974 dan merupakan antara kampus yang terbesar di negeri Perlis. UiTM Arau juga adalah kampus kedua terbesar selepas UiTM Shah Alam(kampus utama).Terdapat pelbagai kemudahan di sini seperti pusat sukan, gymnasium, pusat islam(masjid), makmal komputer, dan kemudahan asas seperti perpustakaan, kelas dan dewan. Walaupun tidak terdapat banyak pusat membeli belah dan hiburan di Perlis ini UiTM Arau sangatlah sesuai untuk tempat anda melanjutkan pelajaran. Suasana yang aman damai, udara yang bersih dan penduduk setempat yang ramah dan mesra pastiya anda akan tertarik untuk datang kembali walaupun dah bertahun menamatkan pembelajaran.

Cara untuk anda sampai ke UiTM Arau ini daripada selatan tanahair samada melaui lebuhraya Utara Selatan(Kuala Lumpur – Bukit Kayu Hitam) ataupun melalui jalan dalam Alor Setar-Arau. Pendapat peribadi saya jalan paling mudah kerana tak banyak lampu isyarat adalah melalui Lebuhraya utara selatan, selepas pekan Changlun anda bolehlah membelok ke kiri untuk melalui lebuhraya Changlun – Kuala Perlis.  Untuk jalan dalam pula anda boleh melalui samada jalan  pekan Jitra ataupun Simpang Empat Perlis.

Sekiranya anda perlukan tempat untuk bermalam dan beristirehat, kami menyediakan Homestay dengan harga yang paling murah,bersih dan selesa di Bandar Arau Perlis.Sila klik disini untuk maklumat lanjut atau hubungi 01124180008. Hanya 15 minit perjalanan menaikki kenderaan dari UiTM Arau Perlis.

Untuk masuk ke UiTM pula terdapat 2 cara, samada menggunakan pintu belakang atau pintu depan, untuk mereka yang datang dari arah Selatan pintu belakang paling mudah dan hampir walaupun Waze akan menunjukkan melalaui pintu hadapan.

 

Pintu Belakang UiTM Arau


Google Map pintu belakang UiTM

 

Pusat Islam(Masjid)

 

Padang Hoki

 

Dewan Seri Semarak

Pada kebiasannya istiadat konvokesyen dan pendartaran pelajar baru akan dibuat di dewan Seri Semarak.

Anjaung Siswa/ Mushroom

Tempat pelajar melepak dan berdating.

Kolej

 

Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Makmal Komputer

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *